Selepas Menerima Simkard
- Buat panggilan keluar (berjawab) selama beberapa saat untuk memastikan simkad anda telah aktif.
Call 12273 (Percuma) atau Call rakan anda (caj 5 sen bagi panggilan bawah 10 saat). - Rujuk info dalam pamplet / flyer.
- Pastikan anda membuat tetapan 10 Nombor 'Rakan & Family' untuk nikmati kadar Panggilan & SMS yang rendah ke semua rangkaian (termasuk talian tetap TM)
Pendaftaran Akaun Selfcare
Anda digalakkan untuk membuat pendaftaran akaun SelfCare di website selfcare.xox.com.my
Selfcare (Akaun Online)
- Di Selfcare anda boleh menyemak profil anda
- Membuat semakan baki
- Menyemak bil penggunaan anda
- Pengurusan nombor-nombor 'Sub-Line'
- Tambah nilai secara online melalui Maybank2U / CimbClicks / lain-lain bank
Easy Menu *150#
Easy Menu *150# memudahkan lagi penggunaan simkad ONEXOX untuk :
- Semak baki kredit
- Tambah Nilai / Topup
- Langganan Internet (Pelan internet biasa / Season Pass)
- Tetapan 10 Nombor 'Friend & Family' (FnF)
- Pindahan Kredit
Manual Ringkas & Tambah Nilai
- Semak baki > SMS: BAL hantar ke 22111 atau Dail *132# dan tekan 'Call'
- Topup *132*1*PinCode16Angka# tekan CALL
- Topup boleh didapati di 7Eleven / Stesen minyak / ePay / MOL / Selfcare / Dealer ONEXOX
Pembahagian Akaun DA & MA
- Pembahagian akaun DA & MA adalah keterbezaan rangkaian ONEXOX dengan lain-lain telco di pasaran.
- Jika penggunaan anda lebih kepada Call & SMS, disarankan untuk membuat tambah nilai sekurang-kurangnya RM30 atau RM50 sekaligus kerana pembahagian ke akaun DA lebih banyak dan anda akan dapat nikmati lebih penjimatan.
- Rujuk pamplet / flyer untuk tambah nilai dan pembahagian akaun DA & MA
Tetapan 10 Nombor Rakan & Famili
- Untuk lebih penjimatan, anda digalakkan untuk membuat tetapan 10 nombor 'Rakan & Famili' ke MANA-MANA RANGKAIAN (Celcom / Maxis / Digi / Umobile / Altel / lain-lain termasuk talian tetap TM).
- Tetapan nombor Rakan & Famili - SMS: FNF ADD 012xxxxxxx hantar ke 22111
- Semak senarai tetapan SMS: FNF LIST hantar ke 22111
- Hapuskan nombor tetapan SMS: FNF DEL 012xxxxxxx hantar ke 22111
Langganan Data Internet
- Langganan pelan data internet boleh dibuat melalui Easy Menu *150#
- Caj langganan data akan ditolak dari kredit dalam akaun MA terlebih dahulu.
- Jika baki di akaun MA tidak mencukupi, sistem akan ambil kredit di akaun DA secara auto
- Tunggu sehingga SMS makluman diterima.
- Pastikan tetapan data internet dalam telefon bimbit anda telah diaktifkan dan juga tetapan APN (Access Point Names) menggunakan nama "xox" (sesetengah telefon bimbit tak perlu).
- Jika gagal untuk melayari internet, cuba off & on semula telefon bimbit anda dan jika masih tidak berjaya, sila hubungi talian khidmat pelanggan 12273 untuk bantuan